Dimalukan dan dihina.. DS Najib terima nasib sama seperti Anwar

20 tahun dahulu, pihak polis menyerbu kediaman musuh Tun Dr Mahathir Mohamad – Datuk Seri Anwar Ibrahim – pada lewat malam bagi memberkas bekas timbalannya itu diatas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Kini, insiden sama berulang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak setelah Dr Mahathir kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa yang tinggal di kejiranan sama dengan Anwar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 1998 berkata, Anwar dimalukan pada malam penangkapannya.

“Hari ini di Bukit Tunku perkara yg sama sedang berlaku.

“Malah langsung tidak mempedulikan apa yang agama anjurkan apabila datangnya Ramadan. Apa yang agama anjurkan selepas sesebuah peperangan/persengketaan. Apa yang piagam bangsa bangsa bersatu amalkan, apa yang SUHAKAM sarankan atau yang Perlembagaan negara pertahankan”, katanya dipetik UMNO Online.

“Di saat seorang keluar sambil menceritrakan soal ketidakadilan dan kezaliman selepas 20 tahun tersiksa, sejarah yang sama sedang kita ulang. Malah mungkin dengan lebih buruk lagi”, ujarnya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, kenyataan ‘seorang keluar’ oleh Annuar berkemungikinan besar merujuk pembebeasan Anwar, manakala ‘sejarah yang sama sedang kita ulang’ merujuk kepada serbuan polis di rumah Najib.

Lantaran itu, Annuar memersoalkan samaada Malaysia sudah benar-benar memasuki era Malaysia baru yang lebih baik dan adil selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

“Barangkali (ianya hanya) sebuah HARAPAN ..atau hanya sekadar satu PAKATAN..”, katanya.

Dr Mahathir sangat berusaha untuk membawa Najib ke muka pengadilan malah beliau sendiri pada hari pertama menjadi Perdana Menteri mengeluarkan arahan kepada Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan Najib dan isterinya dari ke luar negara.

Walaupun tanpa barisan menteri kabinet, Dr Mahathir secara solo memonopoli tugas memansuhkan kadar 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selain mengarahkan pihak polis membuat serbuan ke kediaman Najib – yang setiap satunya merupakan bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri.

Namun, sepertimana tangkapan terhadap Anwar pada 1998, Dr Mahathir menafikan keterlibatannya dengan tugas polis, sama sepertimana serbuan polis ke kediaman Najib.

“Mahathir katakan beliau tidak sedar serbuan ke rumah Najib dilakukan pada waktu malam. Deja vu?” soal wartawan veteran Datuk Ahirudin Attan. – md

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.