Banjir Kilat melanda P.Pinang selepas hujan beberapa jam.

Georgetown – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan rendah di daerah barat daya negeri ini.

Antara kawasan yang dilaporkan telah dilanda banjir kilat ialah Teluk Kumbar, Taman Manggis, dan Gertak Sanggul.

Menurut laporan Jabatan Kaji Cuaca, hujan lebat bermula kira-kira jam 8 malam dan kawasan yang terjejas dinaiki air dalam masa dua jam.

Air naik ke paras lutut di beberapa kawasan pada 11.30 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat berlangsung sehingga 4 pagi tadi dikawasan terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat pula berkata, tiada panggilan kecemasan dibuat, sambil menambah bahawa anggota bomba akan ditempatkan dikawasan-kawasan tumpuan untuk memantau keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.