Ahli BTS, Taehyung Pakai Baju Melayu Buat Persembahan

Peminat mana yang tidak akan berasa teruja apabila mendapati artis kesayangan dan pujaan hati mereka menghargai hadiah pemberian mereka. Walaupun hadiah itu tiadalah mahal tetapi mendapat penghargaan itu sudah cukup bermakna buat peminat itu.

Boleh melompat kerianganlah orang kata macam yang dikongsikan oleh seorang penguna Twitter, @tae_tyrus apabila mendapati hadiah yang dihantarnya kepada artis Kpop kesayangannya dihargai dan digunakan oleh artis itu.

Hadiah berupa baju melayu yang dihadiahkan oleh peminat itu kepada salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu Taehyung atau V itu dihargai apabila peminat itu mendapati V telah memakai baju melayu putih cekak musang sewaktu membuat persembahan baru-baru ini.

Malah, peminat itu juga turut berkongsi kisah bagaimana dia menghantar hadiah baju melayu itu kepada V, rupanya baju melayu putih itu adalah baju melayu Aaron Aziz dan telah dihantar lengkap bersama dengan sampin pada sekitar bulan Febuari lalu.

Yang pastinya, tweet itu telah mendapat respon yang sangat mengalakan daripada peminat BTS di Malaysia yang turut sama berasa teruja dan teringin untuk melihat V memakai baju melayu itu lengkap satu set bersama dengan songkok.

Malah, ada yang mengatakan timing V memakai baju melayu itu juga seolah-olah mengena sepertinya dia tahu sahaja yang orang muslim sekarang ini sedang menjalani ibadah puasa.

Waduh, kalau pakai satu set pasti pecah habis agaknya ovari gadis Malaysia, nasib baik V tidak pakai lengkap waktu buat persembahan itu, tapi sekurang-kurangnya walaupun tidak tahu apa sebenarnya itu tetapi V tetap hargai hadiah peminatnya itu. Patutlah ramai orang suka Kpop ini rupanya, fan-service mereka memang hebat. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.