Anwar mahu Pakatan hapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar afirmatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu dasar yang memberi sedikit keistimewaan kepada kaum peribumi dengan menyediakan peluang dan ruang kepada mereka bagi menyertai sektor ekonomi secara lebih efektif.

Tetapi, DEB tidak sesekali meminggirkan kaum-kaum lain untuk turut terlibat aktif dan berkongsi kekayaan ekonomi negara. Matlamat DEB hanyalah untuk mengurangkan jurang ekonomi di kalangan masyarakat khususnya di antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar dasar tindakan afirmatif khususnya DEB dihapuskan.

(sumber – https://www.ismaweb.net/2018/05/20/anwar-mahu-mansuh-dasar-afirmatif/)

Kata beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan, satu program baharu perlu diperkenalkan bagi membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum.

Anwar berkata, DEB diperkenalkan ekoran rusuhan kaum ketika peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku akibat perasaan prejudis dan tidak puas hati antara kaum, lantaran ketidakseimbangan ketara dalam ekonomi dan status sosial.

Tambah bekas timbalan perdana menteri itu, dasar berkenaan merupakan isu sensitif, di mana ramai orang Melayu berasa bimbang akan kehilangan hak keistimewaan mereka di bawah pemerintahan kerajaan baharu.

“Saya telah mengatakan bahawa DEB perlu dibongkar, tetapi tindakan afirmatif mestilah lebih berkesan.

“Saya percaya bahawa orang Melayu yang kurang bernasib baik akan mendapat lebih banyak manfaat melalui dasar tindakan afirmatif yang telus dan berkesan daripada DEB yang dirampas untuk memperkayakan kroni,” kata beliau dalam satu wawancara bersama akhbar antarabangsa, AP. -Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.