Baru Seminggu, Sudah 3 Juta Pengikut Aishwarya Di Instagram

Disaat ramai selebriti lain sibuk membuat akaun media sosial masing-masing untuk berkongsi aktiviti atau perkembangan bersama dengan peminat mereka, pelakon terkenal Hollywood, Aishwarya Rai memilih untuk tidak membuat semua itu.

Kalau ada pun sebelum ini, hanyalah akaun palsu yang mungkin dibuat oleh peminat pelakon itu tetapi kita tidak perlu bimbang lagi sebabnya isteri Abhishek Bachchan itu sudah mempunyai akaun Instagram-nya sendiri.

Apa yang menariknya, akaun bernama @aishwaryaraibachchan_arb itu telah pun mengumpul jumlah pengikut menghampiri 3 juta orang setakat ini dan semua itu hanya mengambil masa selama seminggu sahaja..

Lebih mengagumkan akaun Instagram Aishwarya itu juga dilihat tidak mengikuti sesiapa pun, baik suami, ahli keluarga mahupun rakan artisnya. Tapi, semua itu biasa saja, apa yang luar biasanya adalah Aishwarya berjaya mendapat jumlah pengikut seramai itu dalam masa yang sangat singkat sahaja.

Pasti itu penangan peminatnya yang sudah lama menantikan momen pelakon terkenal itu membuka akaun Instagram-nya sendiri. Malah, kewujudan akaun itu juga turut telah disahkan oleh pihak pengurusan Aishwarya sendiri.

Yang mana, rupanya, akaun Instagram itu dibuka bersempena dengan ulang tahun ke-17 Festival Filem Cannes yang dihadiri Aishwarya pada hari Sabtu lalu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.