Elakkan tidur selepas bersahur untuk elak penyakit Stroke

Kebiasaan menjelang bulan Ramadan, pastinya umat Islam akan bangun untuk bersahur . Sahur adalah perkara sunnah yang dituntut buat umat Islam dan besar kelebihannya.

Makan ketika bersahur juga dapat membantu memberi tenaga kepada seseorang itu untuk berpuasa di waktu siang selain mendapat ganjaran pahala kerana telah menghidupkan sunnah Rasullulah.

Namun, sudah menjadi kebiasaan sesetengah umat Islam selepas sahur sahaja mesti akan sambung tidur semula dengan alasan mahu mendapat kesegaran di tempat kerja. Sebenarnya terdapat kesan buruk pada kesihatan jika diamalkan tidur selepas sahur secara kerap.

Antaranya adalah terkena risiko penyakit stroke. Perkara ini berlaku jika jarak waktu selepas makan dan tidur terlalu pendek ia mampu meningkatkan risiko dengan serangan stroke. Ia juga mengakibatkan interaksi otak dan usus terganggu.

Selain itu, berlaku dehidrasi. Tidur selepas bersahur boleh menyebabkan tubuh badan dan otak mengalami dehidrasi. Air tidak diserap dan akan terus dibawa ke punci kencing.

Manakala, segala nutrisi yang tinggi dimakan ketika sahur yang mahu digunakan untuk meningkatkan kecergasan sepanjang berpuasa di siang hari akan hilang kerana nutrisi itu tidak dapat diserap.

Apapun, adalah lebih baik jika tidak tidur selepas bersahur dan memperbanyakkan melakukan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan ini seperti membaca Al-Quran.

Tetapi jika terlalu letih dan mengantuk adalah digalakkan untuk tidur satu hingga dua jam selepas makan sahur dengan posisi tidur menggunakan bantal tinggi.

Sementara itu, Dr Zubaidi Hj Ahmad mencadangkan masa yang sesuai untuk tidur adalah tiga puluh minit sebelum zohor iaitu mengambil masa 10 hingga 15 minit sahaja. Inn syaa allah akan berasa lebih segar walaupun berpuasa. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.