Gun N Roses Akan Gegarkan Malaysia 14 November Ini

Kedatangan kumpulan Gun N’ Roses (GNR) ke Malaysia untuk mengadakan konsert bukanlah satu perkara yang asing kerana kumpulan itu pernah membuat konsert khas di Malaysia untuk Malaysian Sepang F1 sekitar tahun 2013 lalu.

Cuma waktu itu kedatangan GNR tanpa gitaris lagenda mereka iaitu Slash kerana persengketaan diantaranya dengan Axl Rose baru saja berakhir sekitar tahun 2015 lepas. Pendamaian itu juga menandakan bergabungnya semula ‘original line-up’ kumpulan lagenda itu.

Tapi, bukan itu yang hendak disampaikan sebaliknya berita gembiranya adalah kumpulan GNR iaitu Axl Rose, Slash dan Duff McKagan akan kembali mengegarkan dan menghiburkan peminat mereka di Malaysia.

Konsert jelajah bernama ‘Gun N’ Roses: Not In This Lifetime Tour 2018’ itu turut menambah beberapa lokasi lain konsert jelajah mereka itu dan turut jelas kelihatan tersenarai adalah Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 November ini.

Fuyoooh, walaupun masih belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai lokasi dan harga tiket konsert ‘Gun N’ Roses: Not In This Lifetime Tour 2018’ itu tetapi nampaknya ini adalah peluang untuk peminat GNR untuk menebus semula peluang keemasan yang pernah dilepaskan sebelum ini.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.