Janji Bawa Radiohead Ke Malaysia Dituntut Oleh Netizen

Nampaknya selepas Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei lepas, ahli parlimen Pematang Pauh iaitu YB Nurul Izzah telah menjadi perhatian netizen.

Bukan hanya kerana kecantikannya sahaja tetapi juga kerana janji yang pernah dikatakannya suatu ketika dahulu sekitar tahun 2013 di dalam sebuah majalah berkaitan dengan band rock kegemarannya, Radiohead.

Malah, perkara itu juga turut menjadi trending di Twitter selepas salah seorang pengguna Twitter bernama @AlepWilcox memuat naik petikan janji itu sambil menuntut Nurul Izzah supaya menunaikan janjinya untuk membawa kumpulan itu datang ke Malaysia.

Tweet yang telah mendapat lebih daripada tiga ribu ‘retweet’ (RT) itu juga turut mendapat respon yang sama daripada pengguna-pengguna yang lain sehinggakan tweet itu sendiri mendapat jawapan balasan daripada Nurul Izzah sendiri.

Berdasarkan jawapan Nurul Izzah itu ia seolah-oleh satu hint mengatakan yang dia akan mengotakan janjinya itu,  dan itu juga membuatkan netizen menjadi bertambah teruja, berharap impian mereka untuk menyaksikan kumpulan itu di Malaysia akan menjadi kenyataan.

Ramai rupanya peminat Radiohead ini, mungkinkah semua itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Kita nantikan sahaja, sementara itu mungkin dah boleh mula menabung sebabnya pasti tiket konsert kumpulan legend seperti itu pasti mahal. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.