Jawatan Menteri Kewangan bukti DAP adalah ‘king maker’ dalam Pakatan?

Lim Guan Eng tetap dilantik menjadi sebagai Menteri Kewangan walaupun Setiausaha Agung DAP itu terpalit dengan kes rasuah yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Ini menimbulkan tanda tanya adakah parti DAP telah menggesa dan menekan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Guan Eng tetap diberikan jawatan berkenaan selepas melepaskan kedudukan penting di Pulau Pinang?

Guan Eng sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo mewah di bawah harga pasaran dan penukaran status tanah pertanian kepada tanah kediaman.

Bukan mustahil anak kepada Lim Kit Siang itu akan berkeras mengatakan bahawa beliau dikhianati oleh Barisan Nasional. Bukankah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengaku tidak bersalah dalam dua pertuduhan rasuah tersebut.

Bukan hanya dilantik menjadi Menteri Kewangan, malah kemungkinan kes Setiausaha Agung DAP itu akan ditarik balik.

Ini boleh dipersoalkan apabila seorang peguam jenayah, N Sivanathan berkata bahawa Peguam Cara Negara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek boleh menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Guan Eng atau memohon pelepasan tanpa dibebaskan.

Adakah ini merupakan satu episod daripada sandiwara politik? Sebelum ini, bukankah Mahathir berkata Guan Eng tidak akan dilantik sehingga kes bekas ketua menteri Pulau Pinang itu selesai? Kini tetap dilantik juga.

Apa yang berlaku dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan sebenarnya? Apa ynag boleh dilihat sekarang DAP merupakan kingmaker dalam Pakatan Harapan. Mahathir atau pemimpin Pakatan Harapan sudah tentu tidak berani menyanggah kemahuan DAP dalam keadaan DAP mempunyai 42 kerusi Parlimen. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.