Membayar hutang adalah lebih utama dari bersedekah

Bulan ramadan diakui sebagai bulan suci yang penuh dengan barakah. Pada sepanjang bulan Ramadan ini umat Islam akan berlumba-lumba melakukan amal ibadah antaranya seperti berpuasa, solat terawih, membaca Al-Quran dan bersedekah.

Di bulan Ramadan ini umat Islam dilihat suka menyalur dan bersedekah untuk memperbanyakan pahala. Bersedekah memang digalakkan dalam Islam kerana kebiakan pemberi adalah untuk membersihkan harta dan jika.

Saidina Ali R.A berkata bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda;

“Bersegeralah bersedekah, sebab bala bencana tidak pernah bisa mendahului sedekah.” Riwayat Imam Baihaqi

Bagaimanapun, ramai masih tidak tahu bahawa membayar hutang adalah lebih utama daripada bersedekah. Malah, perkara ini juga turut dinyatakan dalam hadis.

“Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” Riwayat Muslim.

Justeru, segerelah membayar hutang daripada bersedekah kerana jika seseorang itu melengah-lengahkan hutang akan menambahkan lagi buruk keadaan.

“Siapa yang membawa harta orang lain (seperti hutang) dan dia berniat untuk tidak mengembalikannya maka Allah akan menghilangkannya.” Riwayat Bukhari.

Hutang ini sangat diambil berat sehingga dalam Islam diminta membuat satu perjanjian untuk menulis setiap hutang yang dilakukan ditakuti terlupa supaya dapat melunaskan hutang berkenaan.

Pastikanya selesaikan perkara yang penting iaitu menyelesaikan hutang dahulu kerana tidak boleh menghilangkan harta orang lain dengan sewenang-wenangnya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.