Nabila Razali Mohon Maaf Kerana Pakai Tudung Singkat

Beberapa hari lepas, penyanyi yang terkenal menerusi lagu ‘Pematah Hati’ iaitu Nabila Razali telah dikritik netizen yang kurang berpuas hati dengan gaya tudungnya yang singkat sewaktu membuat ucapan sempena menyambut bulan Ramadan di Instagram-nya.

Walaupun niat Nabila adalah hanya untuk memberikan ucapan selamat berpuasa sahaja tetapi disebabkan tudung yang dipakai Nabila terlalu singkat sehingga menampakan bahagian dadanya, video itu telah menjadi perhatian netizen.

Menyedari dirinya dikritik, Nabila mengatakan yang dia bukan menerima segala teguran yang netizen berikan itu, dan memohon maaf pada individu yang tidak menyukai atau berasa kurang senang dengan videonya itu.

Malah, Nabila turut meminta supaya peminatnya mendoakan yang terbaik untuknya, dan dia juga akan cuba memperbaiki dirinya supaya menjadi lebih baik. Mungkin Nabila tidak perasan tudungnya itu akan menimbulkan rasa kurang puas hati netizen.

Sebabnya, itu memang ‘trend’ tudung sekarang ini, tapi Nabila pun dah mintak maaf dan sedar kesilapannya itu. Jadi sempena bulan mulia ini, kita doakan yang baik-baik bukan untuk Nabila je tapi untuk semua umat Islam yang lain juga.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.