Rahsia Punca Cerai, Nazim Dan Bella Terima Takdir Dengan Hati Terbuka

Permulaan bulan Ramadhan beberaRahsia Punca Cerai, Nazim Dan Bella Terima Takdir Dengan Hati Terbukapa hari lepas, peminat industri hiburan tempatan telah dikejutkan dengan berita perpisahan diantara pelakon, Nazim Othman dan juga isterinya, Bella Dally.

Berita itu juga sekaligus mengesahkan segala desas-desus yang tersebar mengenai rumah tangga pasangan itu sebelum ini.

Meskipun memilih untuk merahsiakan punca sebenar penceraian mereka itu tapi jelas penceraian itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka.

Itu terbukti menerusi beberapa perkongsian Nazim di Instagram-nya sejak mengumumkan berita penceraiannya.

Malah, Nazim turut berkongsi gambar terakhir yang diambilnya bersama Bella sebelum menfailkan penceraian mereka

Bersama kapsyen menjelaskan yang gambar itu diambil sehari sebelum dia terbang ke Kota Kinabalu dan selepas dia menghabiskan masa enam jam berbincang hati ke hati mengenai rumah tangga mereka bersama Bella.

Meskipun berat mana tidaknya bertahun bercinta dan berkahwin, namun sudah tertulis yang jodoh mereka sampai setakat itu sahaja.

Akan tetapi Nazim mahupun Bella terima takdir dan ujian yang telah Allah tetapkan untuk mereka itu dengan hati yang terbuka. Malah, mereka juga saling mendoakan yang terbaik sesama mereka.

Siapa tahu, mungkin perpisahan itu adalah jalan yang terbaik buat mereka selepas apa yang mereka lalui selama ini ketika menempuhi alam perkahwinan bersama. Sebagai orang luar kita tidak ketahui semua itu, jadi, doakan yang terbaik saja untuk Nazim dan juga Bella. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.