Warga pendidik akan pakai pakaian seragam di sekolah?

Isu guru atau warga pendidik wanita berpakaian ketat dan sendat ketika waktu persekolahan berlangsung sering kali tular di media sosial. Seperti orang kata, ‘cikgu seksi, pelajar seksa’ menyebabkan warga pendidik berpakaian seksi dikritik orang ramai.

Seorang warga pendidik sebenarnya harus mematuhi etika berpakaian sepanjang waktu persekolahan berlangsung. Cara berpakaian warga pendidik yang ketat dan sentat dengan menggayakan pakaian seperti kebaya seharusnya diharamkan di kawasan sekolah.

Antara etika pakaian bagi warga pendidik wanita adalah pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. Kasut kulit, selipar, cerpu atau sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial mendakwa seorang pemimpin memberi cadangan agar warga pendidik perlu memakai pakaian seragam setiap kali waktu persekolahan.

Seorang pengguna Facebook memuatnaik status mendakwa cadangan itu diutarakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengguna facebook itu menyuarakan cara setuju dengan cadangan terbabit.

Namun, hasil semakan tidak menunjukkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa pengguna Facebook terbabit telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri.

“Seragamkan pakaian tenaga pengajar. Sekolah tempat mengajar, bukannya medan fesyen.” demikian status Facebook yang tular itu.

Cadangan yang tidak dapat dipastikan kesahihan itu telah mendapat pelbagai reaksi termasuklah dari warga pendidik sendiri. Ada antara yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya.

“Saya suka sebab cikgu perempuan tak perlu memakai pakaian ‘blink-blink’ seperti zaman Ramlah Ram,” – Wardah.

“Baguslah. Ini pergi sekolah pakai baju kebaya ketat, nampak bentuk tubuh. Nak merangsang lelaki ke apa?” – Revolusi Padu

Tetapi, ada yang mempertikaikan cadangan itu dengan menyifatkan warga pendidik bukanlah anggota keselamatan apabila perlu memakai pakaian seragam kerana fesyen itu sudah cukup sinonim dengan warga pendidik. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.