7 of 8 Jin So BTS Diiktiraf Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Asia

Kalau sebelum ini nama pelakon terkenal seperti Hritik Roshan dan Tom Cruise diiktiraf sebagai lelaki paling kacak di dunia, bagaimana pula jika senarai itu dikecilkan menjadi sekitar Asia.

Siapakah selebriti Asia yang akan merajai gelaran ‘Lelaki Paling Kacak di Asia’ itu? Tidak dinafikan. Ramai juga selebriti lelaki yang berwajah kacak di Asia ini. Jadi, siapakah lelaki paling kacak itu?

Jawapannya adalah Jin So daripada kumpulan BTS. Kenapa? Pengiktirafan Jin sebagai lelaki paling kacak Asia itu bukan sekadar hasil undian secara rawak tapi ia adalah hasil kajian pakar pembedahan plastik.

Yang telah menganalisi lebih daripada 269 orang lelaki Asia termasuklah juga dengan wajah Jin. Hasil kajian yang mengunakan kaedah kira-kira matematik itu bukan hanya memandang raut wajah kacak tapi ia juga turut mengira struktur wajah.

Hasil analisis itu mendapati struktur wajah Jin seperti kedudukan telinga, garisan belahan rambut sehingga ke dagu, jarak diantara bibir dan hidung milik Jin adalah sangat baik dan sama. Jadi, itu menyebabkan Jin layak diiktiraf menjadi ‘Lelaki Paling Kacak Asia’.

Wahh, macam itu rupanya hendak nilai struktur kekacakan seorang lelaki. Boleh dah tu mintak doktor itu buat analisis cari lelaki paling kacak di Malaysia pula. Teringin juga nak tahu agak-agaknya siapa lah yang paling kacak tu ye? –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.