Deadpool 2 Atasi Kutipan Tiket Filem Seram I

Walaupun dikatogorikan sebagai filem R-Rated atau untuk tontonan 18 tahun keatas tetapi itu semua tidak menghalang filem terbaru Marvel iaitu ‘Deadpool 2’ untuk mengumpul kutipan ‘box-office’.

Malah, pada hari pembukaannya sahaja, dilem itu telah berjaya mengumpul sebanyak USD53.3 juta.

Itu adalah rekod di Amerika Syarikat sahaja, sehingga semalam, hasil kutipan ‘Deadpool 2’ diseluruh dunia telah mencecah sehingga USD176 juta.

Ternyata kutipan itu sangat memberangsangkan sehingga ia berjaya mengalahkan beberapa rekod.

Seperti rekod yang dipegang oleh filem ‘IT’ yang berjaya mengutip USD123.5 juta sebelum ini serta rekod filem pertamanya sendiri iaitu ‘Deadpool 1’ sebanyak USD132.4 juta.

Tapi, ia tidak terhenti disitu sahaja, menurut laporan, dengan pencapaian sekarang ini tidak mustahil untuk filem lakonan Ryan Reynolds it uterus memecahkan beberapa rekod lagi.

Tambahan pula, penayangan filem itu masih belum bermula di pasaran China yang memang sangat terkenal dengan jumlah penonton yang sangat ramai.

Mungkin filem ‘Deadpool 2’ ini boleh berdiri segandingan dengan filem Marvel, ‘Avengers: Infinity War’ yang memegang rekod jualan tertinggi setakat ini. Siapa tahu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.