Diana Amir Kesal Fesyen Baju Raya Di Malaysia Tak Jaga Aurat

Walaupun baru hari keenam kita berpuasa tetapi rasanya sudah ramai yang mula sibuk membuat persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri seperti membuat kuih raya atau menyediakan baju raya yang memang perlukan persiapan awal.

Pasti setelah berpuasa selama sebulan, ramai orang berasa teruja untuk menyambut hari raya dengan memakai baju baru. Tapi, baru-baru ini timbul satu isu kurang ‘best’ berkaitan dengan baju raya.

Ia bermula apabila ada pihak yang tampil mempertikaikan harga baju raya zaman sekarang ini yang semakin berganda-ganda mahalnya jika hendak dibandingkan dengan harga sebelum ini.

Itu memang tidak dinafikan, kalau dulu RM200 boleh dapat dua pasang baju raya, kali ini, jangan main-main, baju raya semua cecah RM400, malah ada yang sampai RM1, 000 ke atas. Memang garu kepala lah.

Perkara itu turut disuarakan oleh Diana Amir di Instagram-nya, yang mana, Diana bukan sahaja pertikaikan mengenai harga baju tetapi juga rekaan baju yang boleh dikatogorikan sebagai tiada berciri-cirikan wanita muslimah.

Itu pun satu perkara juga, baju raya sekarang ini bukan saja mahal tapi ketat sangat, mungkin pereka ikut saiz patung yang gayakan baju itu tapi kena juga fikir mana ada orang yang bentuk badan mereka sempurna seperti patung itu.

Dan, sebagai pembeli dan pemakai tidak salah juga jika kita pakai baju yang sedikit longgar pada hari raya, bukanlah itu lebih manis dah sopan gituu..  Jadi, harap sangat dengan timbulnya isu ini, pereka tempatan akan lebih peka ketika mereka baju untuk golongan wanita. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.