Fizz Fairuz Tak Kisah Orang Tak Panggil Dengan Gelaran Datuk

Awal tahun lalu boleh dikatakan ramai juga selebriti tempatan yang menerima penganugerahan dan membawa gelaran Datuk hasil daripada pencapaian mereka dalam industri yang mereka ceburi, antara selebriti itu adalah pelakon, Fizz Fairuz.

Fizz yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang bersempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 27 Januari lalu itu telah membuatkan Fizz kini bergelar Datuk manakala isterinya pula bergelar Datin Almy Nadia.

Namun begitu, meskipun bergelar Datuk, tapi masih merendah diri dengan tidak berharap orang ramai memanggilnya mengikut gelaran yang diperolehinya itu.

Sebabnya, Fizz kerana lebih selesa jika orang memanggilnya abang atau nama sahaja terutama sekali jika dikalangan kawan-kawan kerana pangkat itu hanya akan membina jurang sahaja.

Tapi, Fizz meletakkn perkara itu pada individu itu sendiri untuk memanggilnya bagaimana kerana apa sekali pun anugerah itu adalah suatu pemberian yang tidak boleh ditolak.

Mungkin sebab orang merasakan gelaran Datuk itu adalah sebagai tanda hormat pada seorang yang mendapat kurniaan itu jadi, ada segelintir orang memutuskan untuk memanggil Fizz atau berasa janggal jika tidak memanggil Fizz sebagai Datuk Fizz Fairuz.

Namun, Fizz sendiri sudah akui dia tidak kisah dengan semua itu jadi pasti lepas ini orang ramai sudah tidak akan berasa janggal lagi. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.