Penampilan Terkini Jet Li Yang Menyedihkan

Pasti ramai yang perasan sudah agak lama tidak terlihat sebarang berita mengenai keberadaan atau perkembangan pelakon lagenda yang terkenal melalui filem seperti ‘Sholin Tample’ dan ‘Once Upon A Time In China’, iaitu Jet Li.

Pelakon lagenda itu seolah-olah menghilang terus daripada industri seni selepas pernah menjelaskan mengenai penyakit Hyperthyroidism yang dihidapinya sekitar tahun 2017.

Penyakit yang berlaku disebabkan oleh hormon thyroid berlebihan dalam badan itu telah menyebabkan metabolism seseorang itu menjadi tinggi, denyutan jantung meningkat, badan menjadi kurus, mudah berpeluh itu seperti sudah mula berlaku pada pelakon lagenda itu.

Ia jelas kelihatan pada gambar terbaru Jet Li yang tular beberapa hari lepas hasil perkongsian seorang peminat yang bertemunya sewaktu berkunjung ke salah satu kuil di Tibet.

Dari gambar itu jelas kelihatan perubahan fizikal Jet Li yang sangat ketara dan berbeza jika hendak dibanding dari yang sebelum ini. Malah, lebih teruk lagi, Jet Li kini dikatakan sudah sukar untuk berjalan sehinggakan memerlukan bantuan.

Tapi, itu tidak bermakna Jet Li berputus asa, sebaliknya, demi memastikan keadaanya sentiasa stabil, selain daripada melakukan perubatan moden, Jet Li juga turut membuat meditasi seperti membaca kitab Buddha.

Tidak sangka sebegitu menyedihkan sekali perkembangan terbaru pelakon yang sentiasa mengagumkan penonton dengan aksinya yang sangat lincah suatu ketika dahulu. Diharap kesihatan Jet Li kembali pulih seperti sedia kala. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.