UTC dan MRT adalah legasi terbaik DS Najib Razak

Anak-anak yatim dan fakir miskin memang antara golongan yang perlu dibantu dan dibimbing oleh masyarakat dalam menghadapi alam kehidupan yang penuh mencabar ini. Mereka juga antara insan yang layak mencapai kejayaan dalam kehidupan sama seperti kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pusat kebajikan yang menjadikan anak-anak yatim sebagai tempat untuk meraih simpati orang ramai demi mengaut keuntungan. Sebuah pusat kebajikan di Sungai Petani, Kedah didakwa menggunakan anak yatim untuk mendapatkan sumber pendapatan.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah diharap dapat tampil menjelaskan tentang status sebenar pusat kebajikan terbabit agar masyarakat tidak diambil kesempatan.

Mengulas lanjut, Presiden Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas), Kamaruddin Kassim berkata, pusat kebajikan itu telah ditubuhkan sejak setahun lalu dan didakwa ditubuhkan sebagai mahu mengaut keuntungan dengan menggunakan anak yatim untuk meraih simpati melalui modus operandi video kanak-kanak terbabit.

“Lebih malang, mereka gunakan anak kecil yang didakwa anak yatim dirakam suara dan gambar meminta simpati kerana tidak ada wang untuk berbuka puasa dan asrama yang serba kekurangan, sehingga kini video dan kiriman WhatsApp telah tular dan mempengaruhi banyak pihak.

“Kes ini telah saya ikuti perkembangannya sejak 20 tahun lalu yang menggunakan modus operandi sama, biarpun kes berkenaan telah sampai ke pengetahuan agensi sepatutnya, namun mereka dilihat masih bebas bergerak biarpun telah diarahkan tutup sebelum ini,” jelasnya.

Kamaruddin menjelaskan, pusat kebajikan terbabit pernah ditubuhkan di Kuala Kedah bagaimanapun telah diarahkan tutup oleh kerajaan negeri tetapi kini dilihat masih beroperasi seperti biasa dan hanya bertukar lokasi baru.

“Mereka bagaimanapun dilihat licik apabila masih beroperasi seperti biasa, namun bertukar alamat apabila menjadikan sederet rumah kedai di Sungai Petani sebagai lokasi baharu,” dakwanya.

Jelasnya, berharap pusat kebajikan seperti ini tidak boleh menyalahgunakan anak-anak yatim dan fakir miskin untuk kepentingan sendiri dan orang ramai perlu pastikan pusat kebajikan itu berdaftar dahulu untuk elakkan ditipu.

Sementara itu,  Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Azmi Abd Karim memaklumkan pihaknya telah meminta beberapa dokumen yang diminta untuk perakuan kelulusan bangunan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Jabatan Kesihatan bagi membolehkan pendaftaran pusat jagaan dilakukan.

“Setakat ini, pusat yang dimaksudkan masih belum berdaftar dengan JKM,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.