Drama Mona Lisa Jadi Bahan Ketawa Gara-Gara X-Ray Kepala

Rasanya ini bukan kali pertama drama tanah air kita menjadi bahan kritikan dan ketawa netizen gara-gara kesilapan dalam melakukan adegen perubatan.

Mungkin pada pihak pengarah mahupun penulis skrip itu perkara ‘simple’ dan netizen tidak akan perasan, tapi percayalah dizaman serba canggih ni banyak perkara yang penonton tahu.

Jika sebelum ini drama ‘Titian Cinta’ dan ‘Dendam Aurora’ pernah dikecam kerana tidak mengikuti kriteria perubatan sebenar, kali ini giliran drama ‘Mona Lisa’ pula dikecam dan diketawa netizen.

Semuanya kerana, dalam salah satu adegen drama lakonan Zara Zya dan Harfeez Adam itu doktor dilihat telah mengesahkan pesakit hilang ingatan hanya berdasarkan keputusan X-ray tengkorak pesakit itu.

Ia mula menjadi hangat apabila seorang penguna bernama @nuraqidahajeera memuat naik adegen itu di Twitternya mempertikaikan adegen itu dengan apa yang telah dipelajarinya selama ini.

‘Tweet’ itu juga telah dikongsi lebih daripada 13 ribu orang netizen dan menjadi topik kritikan netizen menyalahkan krew-krew drama itu sebab tidak melakukan kajian sebelum buat penggambaran.

Sedar akan kesilapan mereka, selaku pengarah filem itu, Shahrul Ezad dan Uchee Fukada meminta maaf kepada semua netizen dan penonton drama itu kerana tidak meminta rujukan pakar terlebih dahulu.

Harap selepas kejadian ini tiada lagi lah kesilapan yang sama dan menjadi ikhtibar kepada pengarah-pengarah lain supaya buat kajian terlebih dahulu sebelum mulakan penggambaran. Bila betul sesuatu perbuatan itu, barulah drama itu nampak ‘real’, ala macam filem perubatan luar negara. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.