Islam tak ajar sulitkan urusan perkahwinan

Isu yang sering menjadi perhatian masyarakat terutamanya golongan muda adalah berkaitan hantaran mahal. Seperti menjadi satu budaya ibubapa masa kini meletakkan hantaran kahwin anak-anak perempuan mereka dengan harga yang tinggi sehingga membebankan golongan lelaki untuk mendirikan rumahtangga.

Sedangkan dalam Islam tidak mengajar umatnya untuk menyulitkan urusan perkahwinan. Terdapat hadis menunjukkan Rasulullah mendidik sahabat untuk memudahkan urusan perkahwinan.

“Sesungguhnya antara kebaikan (keberkatan) seorang wanita itu adalah pada mudahnya urusan pertunangannya, rendahnya (mudah) urusan maharnya serta senangnya dalam menghubung silaturrahim.” (Ahmad, Musnad, 2001; Ibn Hibban, Sahih, 1988).

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan beberapa hadis yang menyebut bahawa mudahkan urusan perkahwinan itu termasuklah dari aspek mahar dan belanja yang lain.

“Al-Imam Abu Daud menukilkan sabda Rasulullah yang menyebut, “Sebaik-baik nikah adalah yang paling mudah”

“Manakala Sheikh al-Azizi pula menghuraikan maksud mudah itu sebagai “yang rendah maharnya serta mudah urusan pertunangannya. (al-Mubarakfuri, ‘Aun al-Ma’bud, 1415H), katanya.

Jelasnya, Rasulullah sendiri telah memberikan tauladan yang baik apabila anaknya dipinang oleh Saidina Ali. Baginda hanya meminta apa sahaja yang ada pada Saidina Ali yang boleh dijadikan mahar

“Ali menjawab: Aku tidak memiliki apa-apa. Lalu Rasululullah mencadangakan baju besi yang dimiliki oleh Ali sebagai mahar perkahwinan mereka. (Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i)

“Malah Saidina Umar turut menjadi saksi dalam perkara ini. Kata Umar: “Janganlah kamu semua meninggikan mahar wanita, jika ia adalah satu kemuliaan di dunia atau satu ketaqwaan di sisi Allah, maka yg lebih berhak denganya adalah Muhammad SAW, namun Baginda hanya mengahwinkan salah seorg puteri baginda bahkan Baginda sendiri tidak mengahwini perempuan lain melebihi belanjanya dari 12 Awqiah (timbangan bersamaan 500 gram)” (Abu Daud 2099, al-Tirmizi dan beliau menilainya sebagai Sahih 1114).

Bagaimanapun, segalanya terpulang kepada ibubapa itu sendiri terdapat juga antara ibubapa mengutamakan soal agama dalam meletakkan hantaran anak-anak mereka.

Tetapi, sebagai ibubapa mudahkan perkahwinan anak-anak juga membantu golongan muda dalam banyak aspek terutamanya aspek menjaga kehormatan Muslim. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.