Johan As’ari Jadi Tumpuan Selepas Suruh ‘Check’ Rumah Tun M

Walaupun sudah hampir dua minggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlalu tetapi isu berkaitan politik masih lagi menjadi topik hangat bukan sahaja dikalangan netizen tetapi juga golongan artis.

Yang berlumba-lumba menyuarakan pandangan serta pendapat mereka mengenai perkembangan isu semasa tanah air.

Baru-baru ini, disebabkan oleh terlalu lantang dalam menyuarakan pendapatnya, pelakon, Johan As’ari telah menjadi tumpuan netizen.

Semua itu adalah berpunca daripada ‘tweet’-nya yang seakan-akan seperti sindiran sekitar dua hari lepas, meminta supaya rumah Perdana Menteri Malaysia Ke-7, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut sama diperiksa.

Tindakan Johan itu menyebabkan netizen berasa kurang senang dan tidak berpuas hati kerana ia seolah-olah menunjukkan Johan tidak hormati Tun sebagai Perdana Menteri.

Malah, netizen juga turut mendakwa Johan sengaja lakukan seperti itu kerana sekadar ingin mencari publisiti murahan. Jadi, mereka sudah tidak mahu mengikuti akaun Twitter Johan itu lagi.

Namun, menurut laporan, Johan mengatakan dia melakukan itu bukan kerana dia tidak menghormati Tun sebagai PM tapi sebaliknya dia berasa kasihan pada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Akan tetapi, Johan sedar akan kesilapannya itu dan meminta maaf kepada orang ramai yang terasa dengan ‘tweet’-nya itu.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.