KJ pikul tanggungjawab tugas penambahbaikan dalam UMNO

Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin memikul tanggungjawab tugas untuk penambahbaikan dalam UMNO dan BN.
BN dan UMNO telah memberi tugas kepada Anggota Parlimen Rembau itu untuk merangka cadangan bagi menstruktur semula parti dalam usaha mengorak langkah ke depan.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden UMNO dalam sidang media selepas mempengerusikan  mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin, berkata beliau diberi tempoh sebulan untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan.
“Saya diberikan tugas oleh Datuk Seri Zahid untuk melaksanakan cadangan-cadangan bagi penstrukturan BN dan UMNO.
“Tempoh yang diberikan adalah sebulan dan dalam tempoh berkenaan kita akan bentangkan opsyen-opsyen dan pilihan kepada parti dari segi ideologi, struktur serta dari segi gerak kerja dan sebagainya lagi,” ujar beliau. 
Ketua Pemuda UMNO itu juga berkata, untuk melancarkan tugas penstrukturan tersebut, beliau berjanji semua pihak khususnya rakan komponen BN dilibatkan secara langsung.
“Kami akan menjadi inklusif bagi mendapatkan pandangan daripada (komponen) BN untuk merangka cadangan,” kata beliau. 
Ini merupakan satu tugas yang mencabar dan memerlukan langkah luar biasa bagaimana bagi menstruktur semula parti yang sudah berkuasa selama 61 tahun mengalami kekalahan yang tidak diduga, untuk mendapat semula kepercayaan rakyat. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.