Maya Karin Prihatin Terhadap Usaha Lindungi Alam Sekitar

Agak jarang rasanya untuk lihat selebriti melahirkan atau menunjukkan keprihatinan mereka terhadap sesuatu perkara tanpa menjadi duta pada sesuatu perkara itu.

Mungkin juga ada tapi pasti hanya segelintir sahaja selebriti tanah air yang benar-benar melakukan perkara baik seperti itu secara sukarela sebagai contohnya adalah seperti pelakon, Maya Karin.

Walaupun sudah agak lama tidak melihat Maya berlakon tetapi pelakon ‘Cun’ itu dilihat aktif berinterksi dengan pengikutnya di media sosial.

Sebagai tanda cintanya pada alam sekitar, baru-baru ini, menerusi akaun Twitter-nya, Maya telah menyeru orang ramai supaya menandatangani patisyen membantu Persatuan Biologi Pemuliharaan Malaysia.

Patisyen yang bermula sejak 18 Mei lalu itu telah pun mendapat sokongan kira-kira lebih daripada 25 ribu orang, sedangkan awalnya, mereka mensasarkan 20 ribu orang sahaja.

Oleh itu, Maya menyeru orang ramai supaya mengisi serta mengalakkan lagi lebih ramai orang menyokong patisyen yang disediakan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Tamil dan Mandarin itu.

Semua itu adalah untuk meminta kerajaan yang baru mengekalkan dan memperkasakan portfolio alam sekitar.

Serta, meminta supaya menteri yang akan menerajui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kelak adalah seorang yang ikhlas dalam melindungi alam sekitar supaya portfolio itu juga akan dipandang tinggi.

Jadi, apa lagi, demi memastikan alam sekitar kita sentiasa bersih, mari sama-sama kita isi patisyen itu sebagai tanda sokongan dan cinta pada alam sekitar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.