Namron Mahu Sharnaaz Bangga Anak Melayu Tiru Lakonannya Jadi Sotong

Rasanya semua orang sudah tahu akan isu panas yang melibatkan seorang ‘instafamous’ bernama Faiz Roslan yang memuat naik video parodi memakai pakaian wanita awal bulan Ramadan lalu.

Isu itu agak hangat juga di media sosial sehinggakan ia turut mendapat perhatian pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz yang memang sangat terbuka dalam menyuarakan pendapatnya memang bangkang habis-habisan perbuatan Faiz Roslan itu.

Sampaikan tegurannya bertukar menjadi ugutan dan amaran. Malah, Sharnaaz juga dengan slambernya mengatakan yang dia tidak kisah jika kena masuk penjara asalkan dapat ajar Faiz. Seram betul~

Terbaru, isu itu mencuri perhatian Nam Ron pula tapi Nam Ron tidak membidas Faiz sebaliknya meminta supaya Sharnaaz berasa bangga dengan perbuatan Faiz itu.

Sebabnya, idea untuk membuat parodi memakai pakaian wanita Faiz itu mungkin hasil pengaruh daripada watak ‘sotong’ yang dilakonkan oleh Sharnaaz suatu ketika dahulu.

Malah, Nam Ron turut menyifatkan itu semua juga adalah petanda yang lakonan Sharnaaz dalam drama ‘Suamiku Encik Sotong’ itu sangat berkesan sampai berjaya memikat hati penonton untuk tiru.

Ops, tak pasti apa tujuan sebenar Nam Ron tulis status seperti itu di Twitter-nya tapi harap isu ini dapat berakhir dengan cara yang baik. Faiz Roslan sendiri sudah meminta maaf jadi tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi cerita.

Cuma harap benda ini tidak berulang lagi sahaja. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.