Peguam PAS anggap kenyataan Ketua SPRM bersifat prejudis

Peguam PAS, Wan Zainuddin Wan Musa menganggap kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru dilantik, Datuk Shukri Abdull yang berhubung siasatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) bersifat prejudis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut peguam PAS itu, ia tidak wajar dikeluarkan pada hari yang sama bekas Perdana Menteri keenam itu dipanggil untuk direkod keterangan oleh pihak pencegahan rasuah negara itu.

“Kenyataan ini amat tidak perlu dikeluarkan secara terbuka kerana ia akan secara langsung mewujudkan persepsi bahawa memang wujud campur tangan politik dalam kes ini sebelum ini,” kata Wan Zainuddin yang dikongsi Facebook akaun PAS Selangor.

Beliau berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sepatutnya memberikan keterangannya dalam bentuk akuan bersumpah dan melakukan pendedahan secara tertutup kepada jawatankuasa khas siasatan kes berkenaan.

Kata Wan Zainuddin, perkara paling asas ialah melakukan laporan polis dan memberikan dalam laporan polis nama-nama individu yang didakwa mengugut beliau.

“Biar polis membuat siasatan. Haiya! Ini macam manyak kacau la bos!” ujar beliau.

Terdahulu, Shukri dalam sidang media semalam mengeluarkan pelbagai kenyataan termasuk mendakwa polis ingin menahan beliau atas alasan berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pada tahun 2015.

Beliau juga mendedahkan, di tengah-tengah siasatan 1MDB, beliau diekori dan gambarnya diambil semasa berada di Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Wan Zainuddin turut mendedahkan menerima bantuan perlindungan dari Jabatan Polis New York (NYPD) yang memperuntukkan tiga pengawal untuk melindungi beliau.

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum beliau bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang disandangnya ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meminta menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan SPRM. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.