Program Permata Negara terbukti bukan satu pembaziran seperti didakwa

Cetusan idea untuk melaksanakan projek perintis PERMATA Negara lahir daripada ilham dan inisiatif Datin Seri Rosmah Mansor yang tersentuh dengan permasalahan dan gejala social yang kian melanda para remaja pada masa kini.

Beliau melahirkan kebimbangan dengan masalah dan gejala sosial yang semakin berleluasa melanda para remaja dan amat prihatin terhadap kesan dan impak ke atas generasi ini jika ianya tidak dibendung sejak awal lagi.

Bermula dari itu, beliau berpendapat jika anak-anak kecil diasuh dengan nilai-nilai murni sejak awal lagi, mereka akan mempunyai asa peribadi yang baik serta kukuh untuk membesar menjadi remaja yang bersifat mulia.

Namun, bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah mendakwa Program Permata Negara merupakan suatu pembaziran. Begitu juga Ahli Parlimen Ampang dari PKR, Zuraida Kamaruddin pernah mendakwa kononnya Program Permata Negara hanya menguntungkan anak-anak dari golongan kaya.

Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman juga pernah mendakwa Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak. Malah, beliau mahu ia dimansuhkan.

Apa pun, semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Program Permata Negara akan diteruskan oleh kerajaan baharu.

Beliau melihat Program Permata Negara adalah sebagai sebuah program yang baik dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

“Permata merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak.

“Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni. Kalau apa yang baik, kita teruskan,” kata Wan Azizah dalam satu kenyataan semalam.

Pengumumam Wan Azizah itu sekali gus membidas dakwaan-dakwaan yang mendakwa Program Permata Negara merupakan satu pembaziran. Program Permata Negara terbukti bukan satu pembaziran seperti didakwa.

Fitnah terhadap Program Permata Negara yang diilhamkan oleh Rosmah Mansor selama ini terbukti tidak benar. Program Permata Negara adalah kejayaan besar buat negara untuk melahirkan bakat-bakat luar biasa yang dicungkil seawal usia kanak-kanak lagi. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.