Sheila Rusly Jawab Sindiran Pedas Netizen Di Laman Sosial

Di bulan puasa yang mulia ini ingatkan aktiviti tulis komen-komen pedas di media sosial ini dah berehat seketika rupanya masih berjalan lagi.

Lebih menyedihkan kritkan itu disasarkan pada selebriti yang tiada buat salah, tapi tiba-tiba kena kecam seperti ada buat isu besar.

Kalau sebelum ini pelakon dan juga pengarah, Shiela Rusly pernah dikecam teruk hanya sebab jemput Izreen Azminda ke rancangannya, ‘Ketuk-Ketuk’ Ramadhan, kali ini Shiela sekali lagi dikritik.

Namun, kali ini disebabkan oleh drama arahannya, apabila seorang netizen bernama @asina.butik meninggalkan komen di Instagram kelab peminat Shiela meluahkan rasa bosannya pada drama Sheila.

Semua itu kerana kebanyakan drama yang dihasilkan dari rumah produksi Sheila iaitu JS Pictures. Sdn. Bhd kerana asyik mengulang pelakon yang sama sahaja.

Pastinya Sheila tidak akan biarkan perkara itu, Shiela kemudian tampil dengan satu jawapan ‘pedas’ di instastory membidas pengkritik itu dengan meminta dia tidak menonton drama itu jika tidak suka.

​Haa, dah tak suka janganlah tengok cari saja drama lain. Macam-macam betul netizen zaman sekarang ini. Sabar sajalah layan dengan permintaan pelik-pelik netizen ini.. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.