Zizi Kirana Tak Mahu Pakai Tudung Hanya Kerana Desakan Netizen

Walaupun namanya agak kurang terkenal tetapi apa sahaja yang dilakukan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 7 iaitu Zizi Kirana ini pasti akan menjadi tumpuan ramai.

Bermula dari single terbarunya bertajuk ‘Nak Ke Tak Nak’ yang memang sangat ‘addicted’, gaya pemakaian serta pemilihan fasyen Zizi juga turut mendapat perhatian netizen.

Semuanya kerana imej seksi Zizi yang membuatkan dirinya tidak henti dikecam golongan bawang. Namun, baru-baru ini walaupun memuat naik gambar manis bertudung, Zizi masih tetap dikritik netizen.

Kali ini, terdapat segelintir netizen bertindak mengelarkan Zizi sebagai penunggang agama kerana berpura-pura baik.

Hamboi suka hati je kata orang, untung, Zizi bukan seorang yang mudah melatah, sebaliknya dengan tenang menafikan dakwaan itu dan berharap netizen tidak terlalu cepat menghukum dirinya.

Akan tetapi, tiadalah semua netizen kritik Zizi, sebabnya masih ada juga yang memuji perubahan sopan Zizi itu sehinggakan Zizi turut meminta supaya mereka mendoakan yang terbaik untuknya terutama  sekali di bulan yang mulia ini.

Doa supaya pintu hatinya terbuka untuk bertudung dan ia juga bukannya kerana desakan atau paksaan netizen yang mahukan dia berubah.

Itu betul, dari membawang sakan bulan puasa ini lebih baik doakan supaya pintu hati Zizi terbuka untuk berubah, dan sambil-sambil tu boleh lah juga doakan untuk diri sendiri minta dibersihkan hati dari hasad dengki dan bawang-membawang nii. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.