Dituduh Tiada ‘Job’, Que Haidar Jelas Isu Harga Baju Melayu Mahal

Menjelang sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi saja, ramai orang telah mula membuat persiapan menyambut kedatangan perayaan itu dengan mempersiapkan perkara penting seperti menyediakan kuih raya ataupun baju raya baru.

Antara koleksi baju raya yang sering akan menjadi sasaran netizen adalah baju yang dikeluarkan oleh selebriti tempatan. Tidak kira yang mengeluarkannya sendiri ataupun hasil kolaborasi dengan pereka tempatan.

Namun, baru-baru ini, timbul satu isu di media sosial apabila seorang pengguna Twitter bernama @AmierulSharafi meluahkan rasa tidak puas hatinya pada harga sepasang baju melayu yang dijual oleh seorang pelakon lelaki ini.

Menurut Amierul, dia yang pada awalnya berniat untuk menyokong pelakon lelaki itu kerana memikirkan dia sudah lama tiada ‘job’ berasa terkejut apabila mendapati harga sepasang baju melayu ‘The Haidars’ milik pelakon Que Haidar terlalu mahal sehingga mencecah RM380 sepasang. Fuhh~

Sedar isu itu hangat, Que kemudian tampil menjelaskan isu itu di Instagram-nya, sekaligus menafikan dakwaan netizen itu yang dia sengaja letakkan harga seperti itu sebab tiada ‘job’. Sebaliknya, menerangkan baju itu mahal kerana ia adalah ‘exclusive’ dan ‘limited’.

​Oooh, kalau begitu memang boleh diterimalah mengapa harganya boleh mencecah sampai sebegitu sekali. Lagi pula, bukan satu yang aneh perkara itu, bukan Que saja tapi ramai lagi selebriti lain yang baju mereka harga seperti itu.

Jadi jika pembeli rasa tidak berkemampuan, tiada siapa paksa untuk beli baju ‘exclusive’ dan ‘limited’ itu. Jangan sampai aibkan orang dengan tuduhan melulu, tambah di bulan-bulan puasa ini. Buat berkurang pahala puasa jee. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.