“Keadaan Kesihatan Jet Li Baik Sahaja” – Pengurus

Baru-baru ini, heboh apabila gambar yang menunjukkan perkembangan terbaru pelakon seni mempertahankan diri terkenal China iaitu Jet Li yang dikatakan sudah semakin uzur tular di media sosial.

Malah, gambar yang menunjukkan keadaan Jet Li dalam keadaan uzur dan sangat berbeza tu turut telah menimbulkan perdebatan hebat dikalangan netizen.

Dimana ada yang tampil melahirkan rasa simpati mereka dengan perkembangan terbaru pelakon terkenal itu selepas menghilang dari dalam industri.

Terdapat juga yang berasa terkejut dan kurang percaya apabila melihat gambar itu kerana keadaan Jet Li sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.

Namun, yang sebenarnya keadaan Jet Li tiadalah seteruk seperti yang disangkakan kerana, menurut pengurus Jet Li, Steven Chasman, Jet Li berada dalam keadaan sihat sahaja.

Dan, Jet Li juga tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya sehingga boleh mengancam nyawanya sendiri.

Menjelas isu kelihatan uzur dalam gambar itu, Steven mengatakan Jet Li kelihatan seperti itu kerana ia hanyalah kesilapan ‘angle’ ketika mengambil gambar sebabnya Jet Li tidak kelihatan uzur seperti itu.

Tidak kira apa sekali pun keadaan, semoga Jet Li sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.