Kerajaan PH didesak jangan tunduk kepada desakan kumpulan LGBT

Pengiktirafan hak Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) hanya akan menimbulkan konflik baharu yang bukan sahaja menambahkan kecelaruan nilai dan pegangan, bahkan menimbulkan pertembungan hak dan kebebasan.
Jadi, Kerajaan baharu Pakatan Harapan didesak supaya jangan tunduk kepada sebarang desakan kumpulan LGBT.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Sirajudin Salleh berkata, kumpulan songsang berkenaan dilihat amat gembira dengan kemenangan kerajaan baharu selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Kata Timbalan Presiden Perkasa itu, kegembiraan kumpulan songsang itu seolah-olah ada individu dalam kerajaan yang bersimpati dan memberi sokongan kepada mereka. 
Beliau berkata,  adalah sangat malang dan memalukan sekiranya kerajaan baharu mengiktiraf kewujudan kumpulan berkenaan seterusnya menyokong aktiviti tersebut tanpa menghalangnya.
“Perkasa dengan tegas tidak akan merestui kumpulan ini kerana sudah LGBT adalah kumpulan manusia songsang yang akan memporakperandakan hidup berkeluarga dan bermasyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkasa turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mencabuli perpaduan nasional yang sedia terjalin, meskipun negara diperintah oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan.
Tambah Sirajudin, meskipun kerajaan bertukar kepimpinan, tetapi negara ini tetap merupakan negara sama dan masih kekal Perlembagaannya.
“Demi perpaduan nasional dan kelangsungan negara yang aman damai, Perkasa ingin  mengingatkan pemimpin bukan Bumiputera ini supaya sedar Malaysia adalah negara yang sama, cuma kerajaannya sahaja yang baharu,” katanya. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.