Rakyat kini lebih tertarik kepada fitnah dan provokasi berbanding fakta

Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara sudah melakukan kerja yang terbaik tetapi rakyat tidak faham, kata Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Beliau berkata, perubahan kuasa yang terjadi setelah kekalahan BN pada pilihan raya umum 9 Mei lalu akan menjadi satu medan kepada rakyat untuk menilai yang mana permata dan yang mana kaca.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah itu berkata, mungkin sekarang ini cara terbaik untuk rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa selama ini BN buat kerja dengan profesional dan terbaik demi rakyat

“Apa yang UMNO tidak buat selama ini? Rakyat mungkin keliru jadi mereka pergi kepada Pakatan Harapan… sekarang ini ‘game is’ fitnah menfitnah.

“Walaupun kita sudah maklumkan apa yang telah kita lakukan tetapi nampaknya rakyat lebih tertarik kepada provokasi.

“Jadi, sekarang ini adalah masa untuk rakyat menilai kerajaan baru yang mana satu kaca yang masa satu permata,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Jainab berkata, BN juga perlu menggunakan peluang ini untuk membaiki kelemahan yang ada selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Tambahnya, BN juga perlu memberi fahaman yang lebih kepada rakyat apakah perjuangan sebenar parti berkenaan.

PRU-14 lalu menyaksikan buat kali pertama BN tewas selepas enam dekad memerintah negara ini, membolehkan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.