Harga barang mentah meningkat menjelang sambutan Aidilfitri

Trend wajib setiap tahun adalah harga barangan keperluan asas pengguna meningkat setiap kali menjelang musim perayaan. Seperti tahun-tahun lepas alasan yang sama pasti akan diulang setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri mengenai kenaikan harga barang keperluan asas.

Antara faktor berlakunya kenaikan harga barangan keperluan asas kononnya adalah kerana permintaan tinggi sehingga membebankan orang ramai.

Seorang peniaga barang mentah di Pasar Chow Kit, Iwan Rashin berkata, hampir setiap tahun menjelang musim perayaan ayam akan mengalami kenaikan harga.

Katanya, ayam yang dijual pada hari biasa RM7.50 akan meningkat kepada RM8 sekilogram.

“Setiap kali Ramadan harga ayam akan naik berikutan permintaan yang tinggi. Sehingga ke hari ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) belum menetapkan harga siling bagi barang basah,” katanya.

Manakala, harga barang sayur sawi pula meningkat sehingga sekali ganda daripada harga asal iaitu RM2.50 kepada RM5 sekilogram.

Peniaga sayur, Safril Haris berkata, sehingga kini pembekal masih menyekalkan harga yang sama kepadanya menyebabkan beliau masih boleh menjual sayuran pada harga yang sama tanpa menaikkan harga.

“Sayur yang saya peroleh masih pada harga terkawal dan pembekal sentiasa memberikan bekalan yang cukup setiap kali Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, turut mengalami kenaikan harga menjelang bulan Ramadan ini adalah ikan tongkol dan sardin kerana barang itu telah mendapat permintaan tinggi oleh peniaga bazar Ramadan.

Harga ikan tongkol meningkat daripada RM6 kepada RM7, manakala ikan sardin naik daripada RM6 kepada RM8. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.