Heliza Helmi Teringin Nak ‘Mati Syahid’

Dapat lahir, membesar dan tinggal di negara yang aman damai adalah satu perkara yang kita semua paling patut berasa bersyukur kerana disaat kita menikmati keselesaan, rakyat Syria sedang berhempas pulas meneruskan hidup mereka.

Seperti semua tahu, perperangan hebat yang terjadi di Syria seolah-olah tiada berpenghujung dan itu membuatkan orang ramai berasa simpati, tersentuh dan prihatin terhdap kebajikan serta penderitaan tidak berkesudahan mereka itu.

Malah, atas dasar perikemanusiaan, terdapat banyak badan kebajikan serta selebriti terkenal melibatkan diri mereka dalam menghantar misi bantuan pada rakyat Syria.

Antara selebriti yang memang sangat terkenal dengan misi bantuan Syria adalah penyanyi, Heliza Helmi yang telah beberapa kali berkunjung ke negara itu.

Namun, siapa sangka disebalik kekerapannya mengikuti misi bantuan di Syira, Heliza sebenarnya mempunyai satu lagi niat lain dan ia adalah mati syahid disana.

Oleh itu, setiap kali berkunjung ke negara itu Heliza pasti akan berdoa meminta supaya Allah mensyahidkan dirinya disana tetapi doanya itu masih tidak dimakbulkan.

Meskipun begitu, Heliza positif dan memikirkan Allah panjangkan usianya supaya dia boleh berkongsi pengalamannya melihat penderitaan mereka itu melalui matanya sendiri dengan orang ramai di Malaysia.

Mungkin betul juga itu, sekurang-kurangnya dengan perkongsian Heliza itu dapatlah buatkan netizen Malaysia mensyukuri apa yang mereka perolehi sekarang ini. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.