Inflasi Malaysia naik 1.4 peratus

Kadar inflasi Malaysia meningkat dalam tempoh setahun dengan harga makanan dan minuman bukan beralkohol lebih mahal di samping perbelanjaan lebih tinggi di restoran hotel.

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, antara pengukur utama inflasi, meningkat 1.4 peratus pada April 2018 berbanding bulan sama pada tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Jabatan Statistik, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin memaklumkan, kumpulan-kumpulan utama IHP mencatatkan peningkatan termasuk dalam segmen kesihatan dan pendidikan.

“Antara kumpulan-kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah indeks makanan dan minuman tidak beralkohol (+2.6 peratus), restoran dan hotel (+2.2 peratus), kesihatan (+2.1 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.0 peratus), perabot, peralatan rumah dan rutin penyelenggaraan isi rumah (+1.8 peratus) dan pendidikan (+1.1 peratus)”, katanya.

Jelasnya, indeks secara keseluruhan dipengaruhi peningkatan dalam kumpulan pengangkutan iaitu sebanyak 0.4 peratus pada April 2018 berbanding 1.5 peratus penurunan yang direkodkan pada Mac 2018.

Dalam pada itu, IHP bagi tempoh Januari-April meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pada Mac 2018, IHP meningkat sebanyak 1.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.