Johan As’ari Disuruh Diam Dari Kritik Tun M

Jika sebelum ini, Johan As’ari ada memuat naik status penuh kontroversi di Twitter meminta pihak polis memeriksa juga kediaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehinggakan dirinya teruk dikecam netizen yang menuduh Johan sengaja lakukan itu semua demi untuk mencetuskan kontroversi agar dirinya mendapat publisiti daripada pihak media.

Terbaru, atas isu yang sama itu juga, seorang pelakon terkenal dikatakan telah menyuruh Johan menutup mulutnya.

Dalam teguran daripada Umie Aida menerusi tulisannya di Twitter itu Umie meminta Johan menutup mulutnya dari bercakap mengenai perkara yang dia sendiri tidak ketahui.

Itu kerana jika membuka mulut ia akan menampakan tahap pemikiran seseorang itu jadi ia adalah sangat menyedihkan.

Mendalam betul teguran Umie Aida itu tapi ada betul juga teguran itu.

Walaupun Johan telah menjelaskan yang dia tiada niat jahat dan sekadar meluahkan rasa simpati dengan situasi yang sedang dilalui oleh bekas Perdana Menteri Malaysia itu tetapi yang sebenarnya perkara itu tidak perlu tunjukaan pada orang ramai.

Tambah-tambah dalam keadaan situasi yang sedang ‘panas’ sekarang ini. Yang penting sekarang Johan sudah minta maaf pada Tun dan juga netizen atas kesilapannya itu. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.