Jangkaan meleset.. Barang terus naik harga

Bermula 1 Jun, pengurangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus dilihat akan menyebabkan harga barang akan menurun. Namun, jangkaan meleset apabila terdapat hampir 99 jenis barang terus naik harga.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat persedian awal menerusi operasi pemantauan harga pasaran telah menyesan beberapa barang yang mengelami kenaikan adalah ayam, ikan bawal hitam, sotong selain sayur-sayuran seperti lada benggala merah dan tomato.

Mengulas lanjut, Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman memaklumkan pihaknya telah melakukan pemantauan harga di beberapa lokasi antaranya di pasar raya, pasar basah dan kedai runcit.

“Ikan bawal hitam mengalami kenaikan harga sebanyak RM3 menjadikan harga pasaran ketika ini mencecah RM20 sekilogram (kg).

“Selain itu, ayam proses juga menunjukkan peningkatan purata sekitar 30 sen sehingga 50 sen, di beberapa lokasi.

“Barangan lain seperti lada benggala merah, tomato dan sotong menerima kenaikan antara RM1 hingga RM2 untuk setiap kg,” katanya.

Ummi Nasrah menasihatkan pengguna untuk menjadi ‘pengguna bijak’ dan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membeli barang.

“Memandangkan harga barangan tertakluk kepada pasaran terbuka, saya mengesyorkan supaya pengguna menjadi `pengguna bijak’ seperti membuat kajian sebelum membeli-belah atau menggunakan aplikasi `Price Catcher’,” katanya.

Sekiranya terdapat sebarang aduan, pengguna diminta menghubungi kementerian di talian 03-800 886 800, membuat aduan di aplikasi ez-adu atau menerusi emel kepada eaduan@kpdnkk.gov.my. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.