Janji Menteri Pelajaran untuk hapuskan Tol.. Bilakah akan tertunai?

Sewaktu kempen pilihanraya umum ke 14 lalu, Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malek telah berjanji kepada para pengundi khususnya di negeri Johor bahawa tiada kutipan tol ke Simpang Rengam sama ada dari Sungai Besi, Skudai atau Ayer Keroh, jika Pakatan berjaya menjadi kerajaan.

Tidak cukup dengan berjanji, malah beliau dengan bangga mencabar rakyat supaya menuntut janji berkenaan selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14 bagi meyakinkan penyokong-penyokong Pakatan.

Dan Alhamdulillah, tercapai hasrat Rakyat Johor terutama pengundi Simpang Rengam yang mengundi Pakatan Harapan demi menikmati tol percuma sebelum Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.

Malangnya, kini sudah hampir 2 minggu Pakatan berjaya merampas kuasa pemerintahan dari BN di Putrajaya, masih belum nampak tanda-tanda janji penghapusan tol akan ditunaikan.

Takkan Menteri Pelajaran PH berbohong kan? Apatah lagi dia ahli majlis syura IKRAM. Takkan lah rakyat ‘kena kencing’ dengan individu berpelajaran seperti Dr Mazlee?

Dalam satu temubual dengan akhbar Singapura, Sunday Times sebelum ini, Perdana Menteri PH, Tun Mahathir menyatakan bahawa sukar bagi Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol.

“Parti kami, rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis, mereka suka memberikan sesuatu kepada orang lain. Saya memberitahu mereka ia tidak boleh dilakukan. Anda mahu memansuhkan semua jalan tol, mereka mahu memberikan percuma.

“Saya katakan, kita perlu mengekalkan jalan bertol. Anda perlu membina lebih banyak jalan kalau hapus tol. Di manakah kerajaan hendak cari wang untuk mengawal selia jalan ini dengan sendiri? Tetapi mereka mahu populariti, jadi mereka lebih suka menjanjikan perkara ini, ” kata Mahathir kepada akhbar Sunday Times, Singapura.

Untuk rekod, Tun Mahathir dalam sejarahnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya memansuhkan kutipan di satu tol iaitu di Plaza Tol Slim River pada 11 Januari 1993.

Mungkinkah kali ini beliau mencatatkan lagi rekod apabila menjadi Perdana Menteri pertama yang menghapuskan semua tol di Malaysia. Rakyat khususnya penyokong dan pengundi PH masih menunggu jawapannya. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.