Jatuh Bankrap Ajar Fizo Erti Kehidupan

Jatuh bangun dalam bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang asing lagi, boleh dikatakan setiap ahli perniagaan yang berjaya pasti akan melalui satu detik sukar terlebih dahulu.

Semua itu umpama satu ujian wajib yang mereka perlu lalui sebelum benar-benar menikmati kejayaan yang setiap usahawan impikan.

Namun, situasti yang melanda pelakon, Fizo Omar lebih teruk lagi apabila dia pernah melalui detik perit gagal itu sampaikan dirinya pernah ditipu dan menjadi bankrap.

Meskipun begitu, Fizo tidak mengalah malah, dia menjadikan kegagalan dia itu sebagai permulaan untuknya mengenal erti kebahagiaan dan kehidupan dalam hidupnya.

Yang mana, tidak semestinya jika seseorang itu berduit, diri mereka akan merasa bahagia. Jadi, dia jadikan itu sebagai pelajaran untuknya mengecapi apa yang telah dia perolehi sekarang ini.

Malah, selain perniagaan Fizo semakin bertambah membaik, semenjak kelahiran cahaya mata pertamanya, Wan Mariam hidup Fizo juga turut semakin bertambah bahagia.

Jadi, tak sia-sia kesusahan dan kesabaran Fizo sewaktu melalui episod gentir itu apabila segalanya kini membuahkan hasil yang sangat bermakna untuk Fizo sekeluarga.

Tidak semua kesusahan itu akan berakhir dengan kesusahan juga, yang penting jangan pernah putus asa. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.