Pemuja Mat Sabu lancar Tabung kutipan derma untuk beli Velfire

Mungkin akibat terlampau memuja Menteri Pertahanan yang baru, seorang pelayar Facebook dikesan telah melancarkan Tabung Kereta Baharu Mat Sabu dengan cadangan setiap orang menderma RM1 ke dalam akaun peribadi miliknya.

Beliau yang menganggap Mat Sabu sebagai seorang pejuang keadilan berasa sudah sampai masanya peminat Menteri berkenaan berkorban membantu menukar imej kehidupan Mat Sabu yang hanya dikatakan menaiki kereta Viva.

Pemuja Mat Sabu yang menggunakan nama Ahmat Rahamat itu juga menyasarkan, untuk mencapai kutipan bagi membeli sebuah Velfire kepada Presiden Amanah tersebut.

“Saya nak cadangkan kita derma seorang RM1 sahaja kepada Tabung Kereta Baharu Mat Sabu. Kalau kerajaan kita boleh tukar, marilah kita tukar Viva, Yang Berhormat Mat Sabu.

“Kerana Abang Mat Sabu seorang wira perang dan memang layak duduk di Kementerian Pertahanan.

Ini juga merupakan satu hadiah atas jasa-jasa dan suara lantang serta kuat memperjuangkan keadilan dan kebenaran,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, status kutipan derma tersebut diturunkan dari Facebook beliau setelah  mendakwa telah dihubungi oleh Pegawai Khas Mat Sabu. – UN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.