Projector Band Nafi Sudah Hilang Populariti

Nama Projector Band pernah menjadi sebutan sekitar tahun lepas apabila single mereka yang bertajuk ‘Sudah Ku Tahu’ menjadi hit dan disukai ramai.

Namun, kini, populariti kumpulan itu dikatakan sudah semakin pudar meskipun telah mengeluarkan single terbaru, ‘Meskipun Kau Tahu’.

Adakah itu semua berpunca daripada kontroversi yang terjadi disesekitar kumpulan itu kononnya mereka sombong, lupa diri, meletakkan harga tinggi serta lewat hadir ke rancangan TV?

Selaku vokalis kumpulan itu, Iskandar Zulkarnaian Shafin tampil menafikan semua dakwaan itu dan menjelaskan yang walaupun lagu terbaru mereka itu tiada publisiti tetapi ia tetap mendapat sambutan yang terbaik.

Itu terbukti apabila lirik video lagu itu berjaya mengumpul 5 juta tontonan dalam masa empat bulan, dan muzk video lagu itu pula mencatat jumlah tontonan sebanyak 4 juta di Youtube.

Haa, siapa kata sudah tidak terkenal, mungkin cuma kurang keluar di media sahaja berbanding sebelum ini. Tapi, kumpulan Projector Band masih ada tempat yang istimewa di hati peminat mereka.

Malah, berhubung isu panas berkaitan mereka itu, Iskandar hanya mampu meminta maaf dan sedar akan kesilapan mereka itu.

Tapi kesilapannya hanya sebab lewat datang ke rancangan TV dan isu sombong, lupa diri dan bayaran mahal itu semua tidak benar kerana mereka tidak pernah melakukan semua itu.

Mungkin hanya sekadar gosip sahaja, biasalah jadi artis ini kan memang tak akan boleh lari dari kontroversi dan gosip panas. Bertabah sahaja lah. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.