Tarikh Tayangan Filem ‘Along With The Gods 2’ Sudah Diumumkan

Selepas mengecapi kejayaan hebat dengan menjadi filem kedua paling laris di Korea Selatan, filem, ‘Along with The Gods: The Two Worlds’, bakal keluar dengan sequel keduanya dengan tajuk, ‘Along With The God: The Last 49 Days’.

Menurut pihak produksi filem itu iaitu Realies Pictures dan Dexter Studios, filem ‘Along with The God: The Last 49 Days’ telah pun selesai proses ulang penggambaraan dan kini sedang memasuki proses suntingan.

Proses ulang penggambaran itu terpaksa dilakukan kerana terdapat beberapa perubahan pada beberapa barisan pelakonnya seperti Cho II Wa yang terpaksa digugurkan kerana terlibat dalam skandal seks.

Manakala, teraju utama filem itu yang dibawakan oleh Cha Tae Hyun sebelum ini pula akan digantikan kepada Ma Dong Seok yang terkenal menerusi lakonannya dalam filem Train To Busan.

Jadi, atas sebab perubahan itu, pihak produksi terpaksa melakukan penggambaran semula itu sejak dari bulan April lepas lagi, namun proses itu telah pun selesai dan dijangka akan keluar pada 1 Ogos 2018 ini.

Sementara itu, filem ‘Along With The God: The Last 49 Days’ menceritakan mengenai malaikat maut yang mendampingi manusia selepas kematiannya dan menemani mereka melalui 7 percubaan selama 49 hari sebelum hari pengadilan.

Selain Ma Dong Seok, filem itu turut akan dibintangi oleh Ha Jung Woo, Joo Ji Hoon, Kin Hyang Gi, Kim Dong Wook, dan D.O dari kumpulan EXO. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.