Deepika Padukone Bakal Jadi Superhero Wanita Pertama India

Sewaktu Deepika Padukone tidak menandatangani tawaran filem ‘Padmavaat’ sebelum ini timbul pelbagai kontroversi mengenai perkara itu.

Kini kontroversinya itu semakin bertambah apabila pelakon itu dikatakan sedang sibuk belajar seni mempertahankan diri untuk menjadi ‘superhero’.

Menurut laporan, pelakon berusia 32 tahun itu sedang di dalam fasa perbincangan untuk melakonkan watak ‘superhero’ wanita pertama Bollywood dalam  filem yang paling mahal dalam sejarah Bollywood.

Malah, sumber terdekat membocorkan yang untuk menjadi ‘superhero’ wanita pertama itu, Deepika perlu melalui rutin latihan mempertahankan diri yang sangat sengit.

Namun, perkembangan lanjut mengenai filem itu masih berada di bawah kawalan ketat pasukan kreatif yang mengadakan pertemuan secara rahsia dengan Deepika setiap hari.

Akan tetapi, timbul pula khabar angin lain mengatakan watak Deepika adalah berinspirasikan daripada watak Gal Gadot dalam filem Wonder Women sahaja.

Ia kemudian dinafikan pula oleh sumber-sumber lain yang mengatakan ‘superhero’ wanita yang akan dilakonkan oleh Deepika itu hanyalah seorang wanita India sahaja.

Nampaknya, apa pun kena tunggu juga pengesahan daripada pihak produksi filem itu atau dari Deepika sendiri. Kalau betul cool juga, bila agaknya Malaysia nak keluarkan superhero sendiri pula ye? – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.