Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya untungkan bukan melayu

Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melantik Datuk Bandar atau Yang diPertuanya hanya memberi untung kepada bukan Melayu dan Islam untuk berkuasa, kata Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata, rakyat tentu tertanya-tanya dengan kesungguhan parti DAP yang ingin mengadakan pilihan raya PBT berkenaan, sama ada benar-benar prihatin terhadap golongan bandar atau sebaliknya.

Aminuddin juga menyelar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berhubung pilihan raya PBT ini.

“Semalam seruan ini disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang menyatakan akan mengadakan pilihan raya berkenaan yang dijangka dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi.

“Sama ada YB ini sedar apa yang dia cakap atau tak, itu tak dapat dipastikan.

“Jika ini berlaku, maka golongan bukan Melayu akan menguasai bukan saja pentadbiran bandar malah mempunyai kuasa ke atas segala kekayaan negara dengan memiliki semua majlis tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan, ianya merupakan langkah halus kenapa parti Roket itu bersungguh-sungguh menggesa agar pilihan raya berkenaan diadakan.

Berdasarkan taburan penduduk mengikut beberapa bandar utama di Malaysia, Aminuddin berkata, golongan bukan Bumiputera merupakan majoriti yang tinggal di kawasan bandar.

Kata beliau, boleh dilihat di Kuala Lumpur sahaja, golongan bukan Bumiputera seramai 779,155 berbanding Bumiputera iaitu 661,003.

“Dahlah ekonomi bukan Melayu yang dikuasai, kini kewangan di bandar-bandar juga mereka akan kuasai.

“Adakah mereka akan memperjuangkan Islam dan Melayu dengan kutipan duit berbilion ringgit itu nanti? Saya tidak yakin.

“Jika dilihat statistik jelas ianya menunjukkan bagaimana majoriti bangsa yang tinggal di bandar besar itu adalah bukan Bumiputera,” katanya.

Tambahnya, situasi itu bukanlah suatu yang susah untuk difahami sekiranya pilihan raya PBT diadakan dan bukan Melayu dengan senang akan menguasai kawasan bandar.

“Semua maklum bahawa segala kekayaan negara berada pada bandar-bandar utama ini. Dimanakan orang Melayu bandar nanti? Mereka akan kekal di PPRT dan setinggan atau terpinggir di kawasan sub-urban.

“Bagaimana pula dengan agama Islam? Kalau sekarang di KL pusat ibadat bukan Islam ada lebih 1,600 buah. Manakala masjid, surau hanya lebih 700 sahaja. Maka agaknya apa akan jadi jika mereka kuasai bandar ini nanti,” ujar beliau. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.