Fathia Kena Perli Gara-Gara Gesa Penyebaran Video Lucah Di Soc-Med Disekat

Kalau ada perkara-perkara hangat berkaitan dengan artis pasti media sosial adalah ‘tempat’ yang paling sibuk sekali, bukan sahaja menjadi tempat untuk mengulas mengenai sesuatu isu itu tetapi ia juga turut menjadi tempat berkongsi maklumat.

Namun, jika maklumat yang dikongsi itu adalah sekadar gosip atau cerita sahaja tidak mengapa lagi tetapi kali ini ia telah bertukar menjadi tempat perkongsian gambar ataupun video yang tidak sepatutnya.

Kalau sebelum ini, gambar tidak elok pelakon Zul Ariffin menjadi sebaran ‘hangat’ di Twitter, terbaru, giliran video Syafiq Kyle pula. Lebih teruk lagi, ada pula pihak yang mengambil kesempatan menjual video itu dengan harga serendah RM20.

Jangan terkejut, walaupun dijual tapi ada pengguna yang sanggup membeli asalkan mereka dapat melihat video yang tengah ‘trending’ itu, aduh memang pelik-pelik betul. Terpanggil dengan isu itu, pelakon Fathia Latiff tampil menyuarakan pandangannya.

Dimana, menerusi akaun Twitter-nya, Fathia menyeru pihak berkenaan supaya menyekat penyebaran video-video tidak sepatutnya yang semakin berleluasa di media sosial sekarang ini penguna media sosial majoritinya adalah dikalangan remaja dan ia boleh merosakkan akhlak remaja itu.

Namun, meskipun ramai yang menyokong niat baik Fathia itu tetapi ada juga segelintir pengguna lain yang bertindak memberikan kata-kata sindiran pada Fathia dengan mengungkit kembali ‘kisah’ Bigo Live Fathia yang pernah hangat juga satu ketika dahulu.

Sedar dirinya diperli teruk, Fathia memuat naik satu lagi ‘tweet’ mengatakan yang dia terima semua kecaman yang netizen berikan padanya itu kerana dia mahu menjadi manusia yang baik bukan saja disisi Tuhan tapi juga disisi masyarakat.

Hamboi netizen ini, patutnya sama-sama mendoakan yang terbaik ini tidak diperlinya pula. Tapi ada betulnya apa yang disuarakan Fathia itu, memang patut disekat pun kalau lihat waktu isu itu hangat, kebanyakannya golongan remaja yang ‘taksub’ ingin lihat video itu.

Apapu, lebih baik dicegah dari awal daripada jadi lebih teruk. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.