Makin Ramai Pulak Artis Kena Penyakit Misteri..

Lepas seorang, seorang lagi artis tanah air kita yang dikatakan terkena atau menderita penyakit misteri sehinggakan ada yang mencapai tahap teruk apabila menyebabkan keadaan mereka menjadi teruk ataupun sehingga meragut nyawa.

Memang seramlah tapi hendak buat macam mana sudah nama pun jadi selebriti, artis, orang terkenal jadi sedar atau tidak pasti akan ada orang-orang yang dengki sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak baik seperti itu.

Salah seorang artis yang terkenal penyakit misteri itu adalah penyanyi, Syura. Syura dikatakan pernah terkena penyakit itu tahun lalu sehingga menyebabkan dia berasa susah untuk menyanyi, muntah berterusan dan sakit kepala.

Tetapi, selepas rakannya yang juga penyanyi iaitu Bob Yusof membawanya menjalani rawatan tradisional, penyakit misteri Syura itu kembali sembuh dan Syura juga sudah tidak lagi mengalami mimpi-mimpi aneh seperti sebelum ini.

Cuma apa yang tinggal adalah berat badannya sahaja yang semakin menurun dari 60kg sehingga menjadi 49kg, banyak juga turun itu tetapi menurut penjelasan tuan empunya badan, beratnya itu turun bukan disebabkan penyakit misteri sebaliknya sebab dia mengamalkan diet.

Tapi, jangan bimbang diet yang diamalkan Syura itu adalah diet sihat, dan ia mengikut saranan doktor jadi penurunan berat badan Syura itu juga adalah penurunan yang sihat. Memang berbeza betul muka Syura bila sudah kurus. Apapun, syukurlah penyakit misteri Syura itu berjaya dipulihkan, dan Syura juga kembali sihat seperti sedia kala. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.