Parodi Tiru Gaya Wanita Wajib Dihentikan.. – Hafiz Hamidun

Nampaknya isu parodi meniru gaya, pakaian serta solekan golongan wanita masih ini lagi ada meskipun ramai orang termasuk golongan selebriti, dan pendakwah mengecam perbuatan itu.

Jika awal bulan Ramadan dahulu, ‘instafamous’, Faiz Roslan pernah dikecam teruk gara-gara memuat naik video parodi ‘Lagi Syantik’ di Instagram-nya, terbaru, Faiz sekali lagi mengundang kemarahan netizen.

Kali ini perbuatan Faiz itu boleh dianggap keterlaluan apabila dia tampil membuat ‘live’ di Instagram mengakui yang dia bersama dengan rakan-rakannya tidak berpuasa kononnya sebab mereka tidak menunaikan solat fardhu.

Malah, Faiz dan rakan-rakannya juga turut tanpa segan dalam video itu menunjuk mereka sedang makan kentang goreng. Yang pastinya, perbuatan ‘bangga’ Faiz itu telah memakan dirinya apabila dia sekali lagi teruk menjadi bahan kecaman netizen.

Sehinggakan penyanyi, Hafiz Hamidun juga turut tampil mengulas mengenai isu ini dengan tidak ‘menghentam’ Faiz seorang sahaja sebaliknya menyarankan sebarang parodi yang meniru gaya wanita yang ada sekarang ini wajib dihentikan.

Itu kerana, walaupun ia hanya sekadar hiburan tetapi perbuatan seperti itu hanya akan memberikan pengaruh yang buruk saja kepada masyarakat kita. Jadi, sebelum ia bertambah parah, perbuatan seperti itu perlu dihentikan.

Tapi rasanya memang sudah parah pun, sebabnya kalau dahulu video parodi itu hanya dilakukan untuk suka-suka sahaja tapi sekarang sudah jadi terlebih syok sendiri, sebabnya bila buat begitu boleh jadi terkenal di media sosial. Kuat betul pengaruh media sosial ini~

Individu seperti itu sepatutnya tidak perlu mendapat perhatian ramai, kalau tidak akan jadi seperti ini, sampai tidak menghormati agama sendiri dan dengan bangganya membuka aib diri sendiri, bila dikecam nanti lain pula ceritanya.

Harap pihak tertentu dapat mengambil tindakan keras atas perbuatan ‘instafamous’ itu supaya ia tidak berulang ataupun menjadi ikutan. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.