Insentif khas ADAM50 yang diperkenalkan oleh BN akan diteruskan

Menerusi Bajet 2018 sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan satu insentif khas Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) disalurkan menerusi unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau singkatannya, ADAM50 adalah sebuah dana tabungan permulaan sebanyak RM200 yang dikhaskan bagi semua anak Malaysia.

Objektifnya adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Tabungan ini bukan berbentuk wang tunai, tetapi merupakan unit amanah ASB (bagi Bumiputera) atau AS1M (bagi bukan Bumiputera).

Antara syarat kelayakan menerima ADAM50 adalah berstatus warganegara Malaysia, salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara Malaysia, ibu bapa / penjaga berumur 18 tahun ke atas, dan peserta / penjaga berdaftar tidak diiystihar muflis sepanjang tempoh pelaburan.

Bayi lahir pada atau selepas 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022, didaftarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran bayi, dan pendaftaran yang dilakukan oleh individu selain penjaga memerlukan dokumen sokongan seperti surat pertalian darah atau perintah mahkamah.

Terkini, Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar menjelaskan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) akan tetap meneruskan insentif terbabit walaupun kerajaan telah bertukar pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“ADAM50 akan diteruskan,” katanya ringkas. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com