Peminjam PTPTN tak bayar hutang kekal disenaraihitam bank

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

Malah, peminjam PTPTN kini sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen secara berperingkat-peringkat sejak 24 Mei lalu dan dijangka selesai 15 Jun ini.

Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan Maszlee Malik memaklumkan sebaliknya seramai 400,000 peminjam PTPTN masih kekal tersenarai dalam senarai hitam  kewangan dan dihalang membuat pinjaman bank.

Beliau berkata, Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum ke-14 telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam Imigresen ke atas peminjam PTPTN dan janji itu telah dilakukan.

“Kita janji untuk keluarkan semua peminjam dari senarai hitam imigresen,” katanya.

Maszlee berkata, pihaknya juga masih dalam proses mengkaji mekanisma sesuai untuk proses bayaran balik dan akan diumumkan dalam tempoh 100 hari kerajaan baharu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff berkata walaupun nama peminjam bersih dari senarai hitam imigresen tetapi peminjam yang gagal membayar selepas 12 bulan tamat pengajian tetap akan disenarai hitam dalam sistem maklumat rujukan kredit pusat (CCRIS), menyebabkan mereka dihalang membuat pinjam bank.

“Pada bulan ke 13 (selepas tamat pengajian), nama mereka akan masuk dalam CCRIS,” katanya.

Jelasnya, peminjam boleh membuat rundingan dengan pihak PTPTN cara pembayaran mengikut kemampuan mereka.

“Kalau pemimjam kena bayaran RM100 sebulan dan tidak mampu, mereka boleh bayar RM50 setiap bulan. Kemudian boleh mohon pinjaman kereta, rumah dan sebagainya,” katanya. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com